Norhizam, Jailani dilantik Exco semula



DUA Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang dilantik kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, dijangka dilantik semula ke jawatan itu.

Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Manakala dua Adun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dikatakan ‘direhatkan’ sementara daripada jawatan berkenaan.

Loading...

Sumber memberitahu, sekurang-kurangnya sembilan Adun akan dilantik sebagai Exco kali ini termasuk seorang Adun wanita.

Adun Taboh Naning, Datuk Latipah Omar adalah satu-satunya wakil rakyat wanita dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri.

Selain itu, mereka yang dikatakan terpilih adalah dalam kalangan pemegang jawatan Umno di peringkat bahagian iaitu Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (Asahan), Datuk Hasan Abd Rahman (Sungai Rambai) dan Datuk Wira Ismail Othman (Kuala Linggi).

Loading...

Turut dikatakan akan dilantik, Datuk Roslan Ahmad (Merlimau), Datuk Noor Azman Hassan (Pantai Kundor) dan Rahmad Mariman (Ayer Molek).

Semalam, Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, pada 3 petang.

Pertemuan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan itu dikatakan bertujuan untuk mempersembahkan senarai nama anggota Exco baharu berkenaan.

Semua Exco terbabit dijangka mengangkat sumpah jawatan dan simpan kerahsiaan pada Jumaat ini. – HMetro

ARTIKEL BERKAITAN: DAP pecat Norhizam Hassan Baktee

Join our Telegram Channel
Telegram