PH nak laksana pengecualian bayaran balik PTPTN, tapi dah tumbang



PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah bersetuju untuk melaksanakan pengecualian bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun tumbang sebelum pengumuman rasmi dibuat.

Bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan PH bersetuju untuk melaksanakan janji dalam manifesto pilihan raya umum untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka hanya selepas gaji bulanan mereka melebihi RM4,000.

Loading...

“Formula PTPTN dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan itu memerlukan kerajaan menanggung pinjaman tambahan di atas pinjaman sedia ada yang ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai pinjaman PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, janji untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman hanya selepas mereka mendapat gaji lebih RM4,000 sebulan tetap akan ditunaikan, meskipun kerajaan perlu menanggung pinjaman tambahan.

Loading...

Katanya, sepanjang 21 bulan yang lalu, kerajaan PH bekerja keras menunaikan janji manifestonya.

Pada 26 Dis tahun lepas, pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata penangguhan pembayaran balik pinjaman bagi peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan tidak dapat dilaksanakan.

Loading...

Wan Saiful berkata, janji tersebut sedang diusahakan pihaknya dan perkara tersebut memerlukant masa untuk ditunaikan. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN: Pengerusi PTPTN dedah susah bekerja dengan menteri PH


Join our Telegram Channel
Telegram