Tian Chua diserang tanda PKR di ambang kehancuran, kata Azmin



KUALA LUMPUR: Bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, serangan ke atas Naib Presiden, Tian Chua hari ini bukti parti itu di ambang kehancuran.

Tian Chua yang merupakan penyokong Azmin, dibaling dengan botol, ditampar dan digelar “pengkhianat” serta “anjing” oleh sekumpulan penyokong yang marah dengannya ketika beliau hendak memasuki keretanya selepas selesai mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat di ibu pejabat parti itu petang tadi.

Loading...

Susulan itu, seorang ahli PKR ditahan untuk membantu siasatan. Lelaki berusia 30-an itu ditahan di ibu pejabat PKR selepas polis menerima laporan pegawai bertugas.

Azmin berkata, serangan ke atas Tian Chua menunjukkan parti itu diresapi budaya gengsterisme dan keganasan.

Loading...

“Pimpinan tertinggi PKR hari ini kelihatan alpa terhadap budaya samseng tersebut dan menyimpang jauh daripada reformasi membela rakyat.

“Sebuah parti politik yang berlandaskan perjuangan keadilan dan demokrasi seharusnya menggunakan wacana rasional dan perdebatan yang berasaskan kepada fakta.

Loading...

“Apabila sesebuah parti itu dirasuk unsur gengsterisme dan pimpinan membiarkannya terus berleluasa, ini bermakna parti tersebut berada di ambang kehancuran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmin dan Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dipecat PKR selepas mengadakan satu siri pertemuan dengan pemimpin parti lawan untuk membentuk gabungan baru pada hujung minggu lalu.

Loading...

Kemelut politik yang menyusul selepas peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada Isnin lalu, berakhir pagi tadi apabila Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN: Tian Chua ditampar, dibaling botol, kon oleh penyokong PKR


Loading...


Please subscribe


Loading...



Please subscribe

Loading...




Loading...




Loading...


Join our Telegram Channel
Telegram