Tun M jangka akan ditendang keluar PPBM



KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menjangka akan dipecat daripada PPBM, parti yang diasaskannya pada 2016, kerana majoriti ahlinya menolak beliau sebagai pengerusi.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditanya tentang masa depan PPBM berikutan perbezaan pendapatnya dengan presiden parti itu Muhyiddin Yassin yang akan dilantik sebagai perdana menteri ke-8 hari ini.

Loading...

“Parti akan buat keputusan, sama ada akan memecat saya sebagai pengerusi, ia akan berlaku kerana majoriti ahli tolak saya sebagai pengerusi.

“Secara rasmi mereka boleh pecat,” katanya kepada media di Yayasan Al-Bukhary di sini, pagi ini. – FMT

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram