UAE derma test kit Covid-19 kepada Malaysia



Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid memberitahu kerajaan Malaysia akan menghantar sumbangan makanan berjumlah lapan tan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pemberian itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada UAE yang memberi kit ujian kepada Malaysia yang berdepan dengan penularan pandemik Covid-19.

“UAE menderma kepada kita kit ujian Covid-19, dan kita balas hantaran mereka itu dengan barang-barang makanan kita.


Loading...

“[...] (Ia) sebagai sebagai tanda terima kasih kita kepada UAE yang sanggup nak beri kepada kita kit ujian.

“Hari ni kita mula muatkan (loading) untuk dihantar,” katanya hari ini selepas meninjau pemuatan makanan untuk diagihkan di pusat pengumpulan dan pengedaran makanan, Foodbank Malaysia di Bukit Angkat dekat Kajang, hari ini.

Kata Rosol, antara makanan yang dihantar ialah gula, sardin, kicap, roti dan sebagainya, namun keutamaan lebih diberikan buat makanan dalam tin.


Loading...

Bagaimana, anggota Parlimen Hulu Terengganu itu tidak dapat memastikan jumlah kit ujian yang akan diterima, namun menyatakan ia sudah dihantar dan Malaysia akan menerimanya dalam masa terdekat, dijangka dalam minggu ini juga.

Kelmarin, Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein memberitahu Wisma Putra ada membuat rundingan dengan UAE bagi mendapatkan bantuan peralatan perubatan dalam masa terdekat.

Rundingan itu dilakukan atas dasar hubungan akrab yang terjalin antara kedua-dua negara. – Mkini

Carta menunjukkan UAE adalah negara yang paling hadapan dalam melaksanakan ujian Covid-19 berbanding negara lain di seluruh dunia


Join our Telegram Channel
Telegram