SEORANG usahawan kosmetik ditahan semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis bagi membantu siasatan kes pukul anak angkatnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, polis menahannya semalam bagi membantu siasatan.
Loading...
Menurutnya, beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
Kejadian yang berlaku pada 28 Februari itu difahamkan terjadi di kediaman usahawan itu dan sehari kemudian, pembantu rumahnya membuat laporan polis sebagai perlindungan diri.
Loading...
Kelmarin, Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia dua tahun dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit sehingga meninggalkan kesan pada badannya.
Suspek dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika dia sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya. – HMetro
ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan kosmetik pukul anak angkat untuk ‘content’ media sosial?
Join our Telegram Channel