Anwar tak bagi PN guna istilah 'new normal', tapi puak dia guna boleh pulak – Najib



Hari itu, bakal PM ke-5/6/7/8/9 tegur PM ke-8 gunakan istilah "new normal" (kebiasaan baru).

Dia kata ini adalah "istilah memukau". Dia suruh kerajaan jangan guna.

Tapi saya tengok PM7 pun guna istilah "new normal" hari ini.

Dan orang-orang DAP juga sering guna.

Seperti Uncle:
"and social distancing is the most important new normal in the post-pandemic era". Rujuk di sini.

Dan anak mendiang Karpal Singh:
"We must educate ourselves as to what the new normal entails: MP Ramkarpal". Rujuk di sini.

Sekarang Raykat bingung. Raykat tanya boleh guna istilah "new normal" atau tidak.

Loading...

Sebenarnya, istilah "new normal" ini sering digunakan secara meluas oleh pemimpin-pemimpin dan pakar-pakar seluruh dunia.

Ianya realiti bahawa kehidupan kita tidak akan memulih seperti sebelum wabak Covid melanda selagi vaksin belum ditemui dan digunakan secara meluas.

Selagi orang takut Covid, kita perlu membiasakan diri dengan kaedah-kaedah serta langkah-langkah untuk mencegah Covid.

Tak apa lah,bakal PM ke-5/6/7/8/9. Sabar.

Loading...

Kita guna sahaja istilah itu kerana kita perlu menghadapi realiti.

Tugas kita ialah untuk mengajar dan menyedari semua Rakyat tentang kebiasaan baru ini supaya semua faham dan ikut bagi kebaikan semua.

Kita perlu mengurangkan impak "new normal" keapda Rakyat - bukan dengan cara menipu atau memberi harapan palsu kepada Rakyat.

Life still goes on. But with some changes to our lifestyles for the time being. – Najib Razak




Join our Telegram Channel
Telegram