Dapat RM30 bebas gerak, dapat RM1,600 kena kurung – Penyokong PH



Negara kini memasuki fasa ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir pada 28 April ini.

Ramai menjangkakan PKP akan tetap diteruskan ke fasa ke-4 memandangkan data menunjukkan belum ada penurunan drastik bagi kes Covid-19 ini.

Keputusan ini ternyata mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat. Ramai yang bersetuju dengan tempoh lanjutan tersebut namun ada juga segelintir penyokong Pakatan Harapan (PH) yang menolak keputusan itu.

Loading...

Antara reaksi menarik yang dapat dikongsikan berkenaan satu komen dari seorang penyokong PH di mana beliau lebih suka mendapat RM30 nilai eWallet yang diberikan oleh kerajaan PH berbanding RM1,600 yang diberi oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana beliau bebas bergerak dan tidak dipaksa berkurung di dalam rumah.

“Mana lagi best dapat ewallet rm30 tapi bebas gerak atau dapat rm1600 dipaksa berkurung..”

Ada juga penyokong PH yang lain tidak kisah dengan bantuan PRIHATIN diberikan kerajaan bagi berdepan wabak Covid-19 ini, sebaliknya menuntut kebebasan untuk keluar rumah dalam tempoh ini.

Loading...

Namun apabila disuruh memulangkan bantuan yang diterima, beliau berdalih-dalih seolah-olah berat untuk melepaskan bantuan yang boleh dikatakan lumayan jika dibandingkan RM30 pemberian kerajaan PH.

Rata-rata netizen mengecam kenyataan mereka, dan kecewa kerana walaupun mereka penyokong PH, sepatutnya usaha kerajaan yang baik perlulah disokong, bukan sebaliknya.

Jadilah pembangkang yang cerdik, yang boleh membantu menaikkan negara. Bukan menjatuhkan.

“Cerdik x boleh ajar, bodoh tak boleh tegur…” – LobakMerah/Cinca








Join our Telegram Channel
Telegram