
Sejak akhir-akhir ini nama Ustaz Ebit Lew mula terpalit dengan pelbagai pandangan negatif oleh sesetengah pihak, yang sepertinya tidak senang duduk melihat kerja amal yang dilakukan.
Sehinggakan ada beberapa pihak yang cuba melemparkan tuduhan beliau telah menyelewengkan wang sumbangan orang ramai untuk membeli kereta mewah dalam misi bantuannya.
Tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap Ustaz Ebit Lew, seorang netizen yang menggunakan nama Yusran Yusof telah mendedahkan pendapatan secara kasar yang dimiliki oleh pendakwah tersebut yang merupakan atas usahanya sendiri.
Loading...
“Ade golongan2 bodoh yg ckp ustaz ebit lew gunakan duit derma org ramai utk beli kereta mewah, jangan lah kita jadi bodoh. Chanel youtube ustaz Ebit Lew view dia lagi byk dari youtuber soloz (gamer terkenal Malaysia) kot, kalau soloz mampu pakai mustang dh tentu ustaz ebit lew mampu juga pkai alphard. Lagi pn ustaz ada perniagaan lain lagi, buku2 hasil tulisan beliau pn byk dipasaran. Otak jgn sempit sgt.
“jom kita tengok secara kasar pendapatan ustaz ebit lew. tengoklah restoran dia dh ada 3 cawangan,
“ceramah tiap bulan full seluruh negara.
“page fb 1.8juta followers
“youtube dh ada 400k subscriber dengan 3k-56k us dolar (rm12K – RM224K) pendapatan melalui youtube sebulan dan tahunan 42k-600k usd (rm168k- rm2 juta lebih )
“banyak lagi sumber kewangan beliau.. untuk aset dan keluarga beliau.” jelas Yusran di akaun facebook miliknya.
Loading...
Menafikan dakwaan konon Ustaz Ebit Lew meraih kekayaan dengan wang derma, Yusran Yusof yang telah menyiasat serba sedikit mengenai sumber pendapatan pendakwah itu mendedahkan bahawa sumber kewangannya juga datangnya daripada saluran Youtube dan perniagaan yang dijalankan.
Untuk pengetahuan ramai, Ustaz Ebit Lew mempunyai tiga buah cawangan restoran, ditambah pula dengan pendapatan daripada penjualan buku dan jemputan ceramah.
Berikut adalah sedikit biografi berkenaan Ustaz Ebit Lew:
Karier:
- Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy
- Perunding Latihan
- Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas
- Penulis buku. Telah menulis 9 buah buku setiapnya bestseller
Pencapaian :
- Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
- Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
- Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
- Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
- Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.
- Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.
Maka tidak hairanlah jika Ustaz Ebit mampu untuk memakai kereta mewah. Justeru sebelum menuduh ada baiknya kita siasat dahulu dan jangan menghentam orang sesuka hati.
Semoga Allah sentiasa merahmati Ebit Lew dan melahirkan lagi insan dermawan seperti beliau. – Cinca
Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Masuk kawasan tak minta izin, Ustaz Ebit Lew diserang orang Mukhriz
- Ustaz Abu Syafiq tuduh Ustaz Ebit Lew seleweng sumbangan beli kereta mewah
- Luahan Ustaz Ebit Lew selepas dikecam pegawai Mukhriz, Ustaz Abu Asyafiq
- Dituduh seleweng derma beli kereta mewah, lelaki tampil dedah sumber pendapatan sebenar Ustaz Ebit Lew
- Ustaz Abu Syafiq mengkafirkan Ustaz Ebit Lew
- Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman, ada orang buat aduan
- Ustaz Ebit Lew tak salah, kami tidak rasa diaibkan pun – Anak Pak Aq
- Pegawai Mukhriz, Ustaz Abu Syafiq jangan sombong angkuh – Anwar Ibrahim
- Akhirnya terdedah video parodi hina Ustaz Ebit dihasilkan oleh Pakatan Harapan
- Saya tak akan minta maaf pada Ebit Lew – Ustaz Abu Syafiq
- Empat ikon Islam tampil pertahan Ebit Lew kecam Ustaz Kacang
- Najib Razak titipkan kata-kata semangat buat Ebit Lew



Join our Telegram Channel