
CADANGAN: Bagaimana Cara Untuk Membenarkan Solat Berjemaah Di Masjid Ketika Wabak Covid-19
Ini pendapat dan cadangan saya sahaja.
Sesuai atau tidak boleh diputuskan oleh kerajaan.
Saya rasa solat Jemaah di masjid-masjid boleh dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu.
Maksud saya, ini hanya terpakai untuk solat fardhu yang kebiasaanya tak ramai mana pun jemaahnya.
Solat Jumaat, Solat Tarawih, Solat Aidilfitri memang tak boleh dibenarkan sebab masalah crowd control.
Saya terbaca banyak fatwa para ulamak yang sudah dikeluarkan tentang solat berjemaah dengan saf berjarak 1 meter antara jemaah. Majlis Fatwa Kebangsaan kena keluarkan fatwa juga berkenaan perkara ini.
Memang merapatkan saf adalah tuntutan di dalam solat jemaah tetapi ia bukan syarat sah solat.
Loading...
Kita berhadapan dengan suatu wabak yang tak pernah dihadapi sesuatu sepertinya di dalam sejarah dunia. Kena cari jalan penyelesaian berdasarkan Quran, sunnah dan ijtihad dalam soal ini.
Solat di angkasa lepas tidak pernah berlaku pada zaman Nabi dan para sahabat tetapi para ulamak telah mencari kaifiat melakukannya berdasarkan pendekatan ijtihadiyah. Demikianlah juga dalam hal Covid19 ini. Jalan penyelesaian boleh dicari.
Jadi, sekiranya ada fatwa kebangsaan yang membolehkan solat dengan social distancing (penjarakan sosial), kita boleh solat fardu berjemaah di masjid-masjid dengan syarat-syarat tertentu.
Pertamanya, JAKIM harus mencipta Apps khas yang merekodkan nama, masa dan no telefon para jemaah yang hadir ke masjid. Para jemaah wajib scan data mereka ini sebelum boleh masuk ke premis masjid. Ini bagi memudahkan contact tracing oleh pihak KKM sekiranya ada keperluan.
Para jemaah wajib memakai mask dari rumah dan ketika di premis masjid termasuk ketika solat.
Dilarang bersalaman sesama ahli jemaah.
Loading...
Diwajibkan mengambil wuduk dari rumah. Ada ahli jemaah ketika mengambil wuduk suka menghembus-hembus hidung mereka. Ini bahaya!
Dilarang menggunakan tandas masjid sama sekali. Tutup terus bekalan air masjid jika perlu. Kalau dah rasa nak buang hajat bila sampai ke masjid, BALIK.
Digalakkan bawa sejadah sendiri dari rumah untuk dilapikkan di ruangan solat masjid. Kita tidak tahu permukaan karpet tempat kita sujud itu tercemar ataupun tidak.
Masjid perlu dibersihkan (sanitize) dengan kerap setiap kali habis solat fardu.
Aktiviti-aktiviti masjid lain adalah dilarang. Hanya solat dan balik. Tak boleh lepak-lepak, iktikaf, tido di belakang masjid, tadarus, bacaan yassin, ceramah, makan-makan etc semua tak boleh.
Penjarakan diri antara ahli jemaah ketika solat dan ketika berada di masjid mestilah dalam 1 meter pada setiap masa.

Ahli jemaah yang berusia lebih dari 65 tahun dilarang solat di masjid memandangkan mereka merupakan golongan paling berisiko tinggi.
Mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, masalah buah pinggang, kanser dan sebagainya adalah lebih baik solat di rumah memandangkan risiko kematian yang tinggi melibatkan kumpulan ini.
Hanya ahli jemaah lelaki saja dibenarkan solat di masjid. Wanita tidak dibenarkan solat di masjid kerana keutamaan bagi mereka sememangnya adalah untuk solat di kediaman masing-masing.
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun juga dilarang untuk solat di masjid. Kanak-kanak kerap bermain dan ini menyukarkan penjagaan social distancing antara mereka.
Warga asing dan pendatang asing juga dilarang menggunakan masjid atas faktor keselamatan. Bunyi agak kejam tetapi pada ketika ini memang ‘kita jaga kita’ je sebenarnya.

Bekalan hand sanitizer perlulah disediakan secukupnya di ruangan masjid.
Untuk permulaan, mungkin kerajaan boleh memulakan di masjid-masjid negeri dan daerah dahulu. Sekiranya boleh dilaksanakan barulah dikembangkan ke semua masjid-masjid.
Sekiranya sesiapa merasakan diri mereka lebih selamat untuk solat di rumah atas apa-apa sebab, tidak menjadi masalah.
Sekiranya wabak menjadi semakin teruk dan kita kembali ke PKP atau lockdown, larangan bersolat jemaah akan kembali terpakai.
Kebenaran ini adalah tertakluk kepada perkembangan situasi semasa.
Memang agak komplikated dan leceh.
Tetapi inilah juga new norm (norma baru) dalam kita mahu melaksanakan ibadat dan muamalat.

Takkan kita hendak meninggalkan masjid bertahun-tahun lamanya selagi vaksin tidak dijumpai?
Bagaimana pula dengan urusan ibadat Haji dan umrah yang juga melibatkan mass gathering yang jauh lebih besar.
Kita kena cari jalan untuk memastikan urusan ibadat kita tetap boleh dijalankan.
Covid19 pastinya akan mengubah gaya hidup dan amalan hidup kita selama ini.
We must adapt, react and move forward to survive.
Saya amat berharap agar cadangan peribadi saya ini dipertimbangkan oleh pihak kerajaan sekiranya bersesuaian.
Kerajaan lebih mengetahui akan kedudukan kesihatan negara buat masa ini dan rakyat perlu akur dengan apa jua keputusan yang diputuskan pemerintah.
Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Kecemasan Dan Trauma
Hospital Besar Melaka
Loading...


Join our Telegram Channel