Jangan jual kenderaan elak kemalangan – MP DAP



KUALA LUMPUR, 27 Mei — Penggantungan permit menjual arak bukan penyelesaian kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk.

Wakil rakyat DAP Dr Kelvin Yii berkata, apa yang menyedihkan apabila terdapat pihak yang cuba menjadikan kemalangan membabitkan pemandu mabuk sebagai isu perkauman.

Loading...

“Ayuh henti menjual kereta kerana menyebabkan kemalangan. Henti juga menjual motosikal kerana menyebabkan mat rempit.

“Sedarkah kita kes kemalangan jalan raya sebelum ini tidak menjadi isu kaum.

“Bayangkan berapa banyak penghasut sebelum ini berjaya melakukan tugas mereka,” katanya di Facebook, semalam.

Loading...

Ahli Parlimen Bandar Kuching itu mengulas kenyataan ketua penerangan Pas yang menggesa penggantungan penjualan arak di seluruh negara.

Ia berikutan kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk tidak ditangani secara serius.

Kamaruzaman Mohamad berkata, satu jawatankuasa khas perlu dibentuk bagi mengelak insiden sama berulang pada masa depan. – Projekmm

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram