Kluster kayangan buat hal lagi, bilik bersepah, cabut tv, kluster monyet ke?



Kluster kayangan sebelum ini teruk dikecam oleh petugas kesihatan dan netizen kerana sikap yang tidak baik ditunjukkan oleh mereka sendiri.

Mahukan layanan VIP, tidak mahu memberikan kerjasama, sombong, bongkak, angkuh, biadap, anda namakanlah sendiri sikap buruk yang tiada pada kluster ini.

Berlainan sungguh dengan kluster tabligh yang sering dipuji oleh anggota barisan hadapan di hospital dan pusat-pusat kuarantin.

Terbaru tular beberapa keping gambar membabitkan lagi kluster kayangan yang tidak habis-habis dengan sikap buruk mereka.


Loading...

Gambar tersebut menunjukkan bilik hotel yang bersepah teruk, makanan bertaburan, air manisan tumpah di atas meja dan bilik yang langsung tidak dikemas malah tv juga dicabut dari dinding.

Kejadian dikatakan berlaku di Grand Margherita Hotel, Kuching.

Di antara gambar tersebut kelihatan seorang individu memakai singlet hitam, penghuni bilik yang bersepah tersebut dengan tangan yang bergari.

Seperti biasa perkara ini mendapat perhatian netizen dan kesal dengan sikap kluster kayanagan ini.

“perangai buruk hodoh Kluster Kayangan nie.... dah la duduk tempat yang selesa berbanding orang lain tapi buat perangai gampang...” – Joy Reyzal


Loading...

“Btul2 sakai msuk bandar ni” – Sham Bigsumo

“Mcm kat sarawak..sbb nmpk bangunan kerajaan sarawak” – Tuan Apyz

“tu terberanak dlm bilik mandi ke apo berdarah2.. geli pulak.. wek 🤮” – Ayu Azrin Abdul Aziz

“Ain Nadmilail cluster kayangan.it really happened babe........” – Ikin Aris

“Masyallah...kluster monyet ke ni” – Ain Mustafar

Setakat ini masih tidak diketahui perkara sebenarnya yang berlaku. Tiada kenyataan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak.

Apa pun dinasihatkan kepada kluster kayangan, hentikanlah sikap-sikap yang menyusahkan barisan hadapan. Kita mahu mengharungi Covid-19 ini dengan kerjasama anda sehingga berjaya. – Cinca

Sumber gambar: Sarawak Kamek




Loading...





Loading...





Loading...










Join our Telegram Channel
Telegram