MP DAP dimalukan Najib, tak tahu fakta perundangan



Biar saya jadi loyar sekejap nak ajar sikit pada Yeo Bee Yin(杨美盈)

Kes 1: ayah curi 4 paket milo untuk anak isterinya dipenjarakan didakwa bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Kes 2: ibu tunggal curi makanan supaya anak tidak kelaparan dipenjarakan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan

Begitu juga dengan kes-kes disebut Yeo Bee Yin tadi. Semua didakwa bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Boleh check dalam link-link yang Yeo beri dalam posting dia.

Loading...

Kes Riza Aziz pula, kelima-lima dakwaan adalah bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Rujuk di sini.

Riza tak didakwa bawah Kanun Keseksaan seperti kes-kes disebut Yeo.

Yeo Bee Yin erti beza Kanun Keseksaan dengan AMLA, tak?

Persoalannya ialah jika Riza benar-benar curi dan peguam negara cukup bukti bahawa Riza curi dan bukan diberi pelaburan, kenapa peguam negara lantikan PH tak dakwa dia bawah Kanun Keseksaan pula?

Loading...

Faham tak, DAP?


Kes rasuah Guan Eng yang digugurkan kerajaan PH pula adalah bawah dakwaan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Jika nak banding pun, lebih sesuai untuk banding kes Guan Eng dengan kes Ibu tunggal, kes ayah dan sebagainya yang disenaraikan Yeo Bee Yin.

Semua di bawah Kanun Keseksaan.

– Najib Razak

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram