
Macam-macam gelagat para netizen. Manakan tidak, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilancarkan oleh kerajaan, banyak masa terluang untuk netizen melakukan pelbagai perkara di media sosial.
Hari ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah membuat satu hantaran bagi meminta orang ramai untuk menandatangani satu petisyen untuk tuntut parlimen berlangsung selama dua minggu.
Malangnya tindakan Kit Siang itu mengundang reaksi balas daripada netizen dengan menuntut beliau untuk bersara sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini.
Loading...
Sebelum ini Ahli Parlimen Iskanadr Puteri itu telah berjanji akan bersara dan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang sekiranya Mahathir tidak melantik Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
“Saya sangat yakin dengan Mahathir dan saya sedia 'bertaruh' dengan Mohamad bahawa Dr Mahathir akan menunaikan komitmen (Pakatan ) Harapan memberikan proses peralihan kuasa jawatan perdana menteri kepada Anwar.
“Jika, Mahathir tidak memberikan jawatannya kepada Anwar, sebaliknya membubarkan parlimen untuk mengadakan PRU15 lebih awal, saya akan bersara dari politik dan tidak akan bertanding pada PRU15.
Loading...
“Sekiranya, Mahathir berpegang kepada kata-kata beliau dan memberikan jawatan kepada Anwar, kemudian Mohamad perlu berundur dan tidak akan bertanding pada PRU15,” kata Lim.
Netizen telah membuat satu petisyen untuk menuntut Lim bersara serta merta sebagaimana yang telah dijanjikan.
Setakat ini lebih 7,000 tandatangan telah dikutip di dalam masa kurang 2 jam.
Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda mahu Lim Kit Siang melunaskan janjinya untuk bersara dan tidak bertanding pada PRU akan datang?
Sekiranya ya, Sila tandatangan di sini dan sebarkan kepada kenalan yang lain. Semoga berjaya. – Cinca
ARTIKEL BERKAITAN: Jika Tun tak tunai janji pada Anwar, saya bersara, tidak bertanding PRU15 – Kit Siang
Join our Telegram Channel