Proton tawar kad minyak RM500 percuma untuk tujuan e-hailing, sehingga 31 Dis ini



Proton kini menawarkan kad minyak Petronas bernilai RM500 bagi mereka yang mahu menggunakan kereta tersebut bagi tujuan perkhidmatan e-hailing.

Manfaat ini diberikan untuk kesemua jenis model Proton termasuk Proton Persona, Iriz, Exora, Saga atau Proton X70.

Sekiranya pembeli tidak mahu kad minyak berkenaan, mereka boleh menukarnya dengan potongan harga kereta dalam nilai yang sama RM500.


Loading...

Selain daripada kad hadiah ini, potongan harga tambahan turut ditawarkan bagi model terpilih, dari RM300 hingga RM1,500.

Promosi ini akan berlangsung hingga 31 Disember 2020 dan turut terbuka untuk individu yang ingin membeli kereta bagi tujuan sama namun pemandunya yang berbeza.

Sebagai contoh, beli kereta menggunakan nama bapa tetapi anak yang akan menggunakan untuk tujuan perkhidmatan e-hailing.


Loading...

Bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan, anda hanya perlu sertakan surat persetujuan yang menyatakan tujuan pembelian serta nama penuh, nombor kad pengenalan dan salinan lesen e-haling pemandu tersebut.

“Kami ingin memudahkan mana-mana individu yang ingin membeli kereta Proton bagi tujuan e-hailing.

“Oleh itu, sekiranya pembeli kereta adalah isteri dan pemandunya adalah suaminya, kami hanya memerlukan dokumen untuk pengesahan bagi meluluskan pembelian,” kata Fazli Hisham Shukor, Ketua Jualan Korporat, Proton Edar. – Paultan/Cinca

Proton Exora

Proton Iriz

Proton Persona

Proton Saga

Proton X70



Join our Telegram Channel
Telegram