Sakit hati bila dikhianati rakan sendiri – Mukhriz



ALOR SETAR: "Itu keputusan mereka dan dalam politik sentiasa ada pengkhianatan dan kita tidak dapat lari daripada realiti ini."

Itu nada kecewa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir apabila ditanya mengenai tindakan empat adun daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah yang memberikan sokongan kepada penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Loading...

Menurut Timbalan Presiden Bersatu itu, tindakan mereka adalah di luar jangkaan kerana sebelum ini, tidak nampak tanda-tanda yang mereka akan bersekongkol dengan dua lagi ADUN PKR yang bertindak turut sama menyatakan sokongan kepada PN.

Jelasnya, dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan masalah Covid-19, ini bukanlah waktu yang sesuai untuk perkara seumpama itu berlaku.

"Biasalah apa perasaan seseorang dikhianati oleh kawan kawan... sebelum ni pun dah pernah berlaku di peringkat Persekutuan, jadi sekarang berlaku di peringkat negeri.

Loading...

"Jadi nampaknya musim pengkhianatan ni memang sejak tahun 2020 ini dah banyak kali, tahun ini bukanlah tahun yang begitu baik untuk negara sebab kita ni sibuk dengan Covid, bulan Ramadan lagi, jadi apa sebabnya tindakan seperti ini perlu dilakukan waktu kita memberi tumpuan kepada rakyat?

"Kelmarin saya mempengerusikan mesyuarat JKKM khas untuk menangani masalah Covid-19, pada waktu yang sama pihak pembangkang membuat mesyuarat dan buat sidang media mengenai tindakan mereka untuk menjatuhkan kerajaan, jadi sapa yang jaga rakyat sebenarnya?

"Saya rasa tak sesuai kot kalau nak dikatakan bahawa mereka tidak gelojoh tapi kalau tak gelojoh kenapa tak tunggu lepas raya," soal Mukhriz yang juga ADUN Jerlun dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, pada Rabu. – Sinar

ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram