TERKINI: Saya akan bersara, jadi profesor – Anwar



Berikut merupakan beberapa petikan wawancara stesyen radio BFM pagi tadi bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim (dalam segmen The Breakfast Grille)

1. Ditanya berapa lama lagi sanggup menunggu untuk jadi PM, mungkin lagi 20 tahun (sehingga berumur 90):

"Gila. Tidak mungkin saya hendak menunggu sehingga berumur 90 tahun baru hendak berfungsi dengan berkesan untuk memimpin negara." (Minit 17.43)

2. Ditanya tentang kenyataan Mahathir bahawa Anwar tidak sabar hendak jadi PM:

“Siapa yang gila untuk terus jadi PM pada umur 90 atau 95?”(Minit 18.26)


Loading...

3. Ditanya begaimana perasaan jika tidak dapat menjadi PM:

"Saya akan bersara, jadi profesor, tulis buku, luangkan masa bersama cucu, dan melihat-lihat pisang saya, nanas, durian dan rambutan." (Minit 20.57)

4. Ditanya adakah akan berasa sangat kecewa jika gagal jadi PM:

"Saya mesti jujur, ada kekecewaan... Namun selain daripada itu, kita harus bergerak ke hadapan" (Minit 21.18)

5. Ditanya adakah masih mahu jadi PM:

"Jika diberi peluang, saya fikir negara ini perlukan pembaharuan dan saya boleh mainkan peranan kecil dalam proses ini.” (Minit 21.47)

6. Ditanya apakah peranan Mahathir dalam Pakatan Harapan:

"Beliau bukan anggota Pakatan Harapan..." (Minit 5.20)


Loading...

7. Ditanya oleh sebab Anwar tidak lagi percaya kepada Mahathir (kenyataan dalam wawancara CNBC pada Mac 2020), adakah tiada lagi kerjasama dengannya:

"Tidak. Kami akan terus bersamanya apabila perlu..." (Minit 6.03)
____________

Ada netizen berjenaka:

"Kami tidak kecewa Anwar tidak jadi PM kerana minyak sudah turun lebih rendah daripada RM1.50.”

– KorekKorek


ARTIKEL BERKAITAN:




Join our Telegram Channel
Telegram