
TIADA caj tambahan dikenakan kepada peminjam sewa beli konvensional dan syariah sepanjang tempoh moratorium pembiayaan.
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kementerian membuat keputusan itu selepas mencapai kata sepakat dengan industri perbankan.
Loading...
Beliau berkata, persetujuan dicapai menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan tidak berubah bagi kedua-dua jenis pembiayaan berkenaan.
"Sehubungan itu, peminjam akan perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan terma perjanjian dengan bank masing-masing.
"Ia termasuk tambahan enam bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium berkenaan," katanya.
Loading...
Tengku Zafrul berkata, maklumat lanjut boleh didapati daripada bank masing-masing.
"Kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini," katanya. – Hmetro
ARTIKEL BERKAITAN:
- Jangan lupa, Gabenor Bank Negara adalah lantikan PH
- Contoh ilustrasi BNM salah – Najib
- Moratorium memihak kepada bank, bukan kepada rakyat – Zahid
- Moratorium: Kerajaan sudah kecualikan cukai, bank patut kecualikan faedah – Zahid
- Bank selalu untung, BNM perlu berpihak kepada rakyat, kata Ku Li
- Moratorium: Menteri saran lupus faedah terakru, keuntungan

Join our Telegram Channel