Video lendir dikaitkan pesakit Covid-19 tular



Satu rakaman video penampakan lendir yang disyaki dari seorang pesakit Covid-19 tular di media sosial.

Dalam video tersebut, seorang kakitangan perubatan dilihat menunjukkan lendir yang diambil dari saluran pernafasan pesakit.

Lendir itu kelihatan keperangan, tebal dan pekat dalam jumlah yang banyak sehingga memerlukan beberapa ketika untuk mengeluarkannya dari mulut pesakit.

"Lendir lelaki itu seperti ini, lendirnya luar biasa dan ini sangat tebal. Ini yang kita lihat sangat tebal dan menyebabkan kegagalan pernafasan," kata seorang doktor dalam video tersebut.

Loading...

Doktor kemudian menjelaskan bahawa lendir inilah yang menghalang saluran pernafasan.

Lendir itu tidak dapat dikeluarkan melalui batuk lalu membuat pesakit lebih menderita.

"Jadi, kita dapat lihat bahawa ianya melekit, kegagalan pernafasan kerana ketidakupayaan untuk batuk dan menelan. Tetapi jika seperti ini, orang yang batuk teruk akan membuatnya gagal bernafas," tambahnya.

Masih dalam video yang sama, doktor juga menyatakan bahawa untuk menghilangkan lendir, pesakit perlu mengambil minuman suam.

"Oleh itu, untuk membuangnya, kita memerlukan minuman suam atau mencairkan kahak," kata doktor.

Loading...

Terkini, seorang individu tampil mendedahkan bahawa pesakit dalam video itu bukanlah pesakit Covid-19, tetapi sebenarnya seorang pesakit kanser paru-paru.

"Mohon maaf sebelumnya, video di atas disebar orang yang tak bertanggungjawab dan diberi narasi seolah-olah pasien penderita covid 19. Mohon tidak disebarkan.

"Saya tahu betul karena itu almarhum ayah saya. Beliau wafat bulan Agustus 2019 karena kanker paru. Entah pihak mana yang memvideokan dan menyebarkan."

Pengakuan itu bagaimanapun telah dipadam. Ini membuatkan video itu kembali menjadi misteri samada adakah benar pesakit itu seorang yang dijangkiti Covid-19. – Cinca



Please subscribe




Join our Telegram Channel
Telegram