Ahmad Idham dilantik semula sebagai CEO FINAS



KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan pelantikan semula Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang baharu.

Pelantikan tersebut berkuatkuasa selama dua tahun iaitu bermula 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022.

Loading...

"Semoga dengan pelantikan beliau ini, FINAS akan terus menjana kecemerlangan sebagai sebuah badan yang memaju, menggalak dan memelihara kemajuan industri perfileman tanah air," kata Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid menerusi satu kenyataan media, pada Jumaat.

Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan terhadap pembangunan semula sektor ekonomi industri kreatif negara yang telah terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Loading...

"FINAS menyambut baik dan berterima kasih di atas peruntukan sebanyak RM225 juta sebagai insentif rangsangan ekonomi kepada industri ini melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara akan dikawal selia oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah yang pastinya akan memberi manfaat kepada pemegang taruh industri," katanya lagi. – Astro Awani



Join our Telegram Channel
Telegram