Terdedah pula surat Dr M arah lepas akaun taikun hartanah



Oleh: MACC INSIDER

Kronologi Kes dan Arahan:

1. 26.10.2018: Peguam Tan Sri Lim Soon Peng menulis kepada Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pada waktu itu disandang oleh Dato’ Sri Shukri Abdull untuk melepaskan pembekuan semua akaun peribadi dan syarikat Tan Sri Lim Soon Peng.

2. Salinan surat diberi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

3. 05.12.2018: Tun Dr Mahathir Mohamad minitkan surat dari Lim Guan Eng, dan berpendapat Tan Sri Lim Soon Peng “tidak boleh dipersalahkan” pembekuan akaun peribadi dan syarikat Tan Sri Lim Soon Peng tidak boleh dikekalkan”.

4. 19.02.2019: Surat Peguam Tan Sri Lim Soon Peng diterima oleh Lim Guan Eng dan beliau minitkan Peguam Negara Tommy Thomas arah pelepasan akaun-akaun itu dengan merujuk kepada minit Tun Dr Mahathir Mohamad.


Loading...

5. 31.05.2019: Lim Guan Eng tulis surat rasmi kepada Tommy Thomas mengarahkan akaun Tan Sri Lim Soon Peng dilepaskan daripada pembekuan.

6. 14.06.2019: Tommy Thomas menulis kepada Lim Guan Eng memaklumkan status kes dan arahan beliau kepada SPRM melepaskan pembekuan akaun-akaun Tan Sri Lim Soon Peng.

– Malaysia-Today



Eh Guan Eng, gambar ini sedang viral dan telahpun dinaikkan dalam beberapa portal.

Betul ke ini tulisan serta tanda-tangan kamu yang petik nama PM7 untuk arahkan Tommy Thomas untuk hentikan pembekuan akaun bank taikun developer?

Hari itu kamu kata jawab kamu cuma rujukkan kepada Tommy?


Loading...

"June 1, 2020: Saya hanya rujukkan perkara itu kepada Peguam Negara, kata Guan Eng". Rujuk di sini.

Tapi surat ini jelas ditulis "please lift the freeze as requested by YAB PM"?

Ini bukan lagi rujukkan tapi dah macam arahan dah.

PM7 dan Menteri Kewayangan PH ada campur tangan dalam urusan pejabat peguam negara dan SPRM ke?

Guan Eng, jika gambar ini adalah hasil edit putar belit 'Big Data", saya rela bantu kamu jelaskan. – Najib Razak


Loading...





Loading...




Loading...




Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram