
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) memohon bantuan orang awam menjejaki seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Imigresen dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan lelaki berusia 25 tahun itu menggunakan pasport bernombor BW0974403 dengan alamat terakhir di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew 55200, Kuala Lumpur.
Loading...
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh hubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI), Nurulmasha Nazlinan Hussin.
"Mereka juga boleh hubungi Bahagian Operasi Siasatan Pendakwaan, Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya menerusi talian 03-88801298/1294 pada waktu pejabat dan 03-88801555 selepas waktu pejabat," katanya.
Lelaki terbabit sebelum ini dikesan membuat pelbagai dakwaan palsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara ini menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.
Loading...
Dia melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.
Polis juga dilaporkan memulakan siasatan terhadap Al Jazeera susulan penyiaran dokumentari itu yang antara lain mendakwa layan buruk Malaysia terhadap warga asing ketika berusaha mengekang penularan COVID-19 menerusi langkah PKP. – Bharian


ARTIKEL BERKAITAN:
- Media Qatar Al Jazeera fitnah Malaysia rasis terhadap warga asing semasa tangani Covid-19
- Pekerja asing gaji rendah di Qatar rayu minta makan
- Ismail: Media Qatar Al Jazeera bohong, perlu mohon maaf
- Warga asing buruk imej Malaysia akan diusir serta-merta – Imigresen
- Polis mula siasatan terhadap laporan Al-Jazeera
Please subscribe
* Sila dislike dan report video Al-Jazeera di atas


![]() |
M Rayhan Kabir bekerja di syarikat Malik Streams Produstion & Distribution. Bukan syarikat kain. |
Join our Telegram Channel