Musa dihalang masuk laluan Istana Negeri



KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, bersama rombongannya dihalang memasuki laluan Istana Negeri, di sini, sebentar tadi.

Rombongan membabitkan lebih 10 kenderaan itu ditahan pihak polis yang melakukan sekatan berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana, kira-kira jam 3.50 petang tadi.

Loading...

Beberapa individu dipercayai peguam kepada Musa, dilihat cuba berbincang dengan pihak polis yang membuat sekatan.

Bagaimanapun, setakat kira-kira jam 4.10 petang tadi, mereka masih belum dapat melepasi sekatan berkenaan. – Bharian

Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:

Kenderaan yang dinaiki Tan Sri Musa Aman bersama rombongan dihalang memasuki laluan Istana Negeri. - Foto Juwan Riduan


Join our Telegram Channel
Telegram