Presiden Umno yang juga Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti dan gabungan itu akan terus mempertahankan setiakawan dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).
Kenyataan itu hadir di tengah spekulasi yang mengatakan Zahid bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam untuk menarik balik sokongannya terhadap presiden Bersatu itu, susulan keputusan mahkamah kes Najib Razak..
"Umno BN akan menanggapi keputusan penghakiman ini (kes Najib) dengan cara yang terbaik di samping mempertahankan kesetiakawan bersama sekutu-sekutu dalam BN, Muafakat Nasional dan PN.
"Kejujuran, keikhlasan dalam perkongsian kuasa serta persahabatan tetap menjadi prinsip utama dan akan dipertahankan," katanya sambil menambah penerangan berhubung kes Najib akan diberi kepada ahli parti.
Loading...
Pada Selasa lalu, mahkamah mendapati Najib bersalah dalam tujuh tuduhan berkaitan pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan pecah amanah melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.
Hakim menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap ahli parlimen Pekan itu.
Susulan keputusan itu, Zahid berkata akan ada "keputusan politik besar" menyusul dengan mengambil kira perkembangan berkenaan.
Sementara itu, Zahid juga menyorot bahawa pihaknya akan meneliti penghakiman kes Najib bagi memastikan tidak ada campur tangan mana-mana pihak atau "kekhilafan" dari sudut perundangan.
Loading...
"Sudah tentu kita menghormati keputusan yang dibuat oleh Yang Arif hakim, namun penelitian perlu dibuat terhadap kemungkinan wujudnya kekhilafan dari sudut perundangan dan fakta.
"Proses pengadilan di Mahkamah Tinggi sudah selesai tetapi Najib ada hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan dan hukuman.
"Ia adalah hak setiap rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan dan sistem perundangan negara.
"Umno BN akan memastikan proses mendapat keadilan di semua peringkat itu berjalan lancar dan benar-benar bebas serta adil tanpa wujudnya unsur-unsur campur tangan oleh mana-mana pihak," katanya. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kes Najib: Orang ramai mula berkumpul di luar mahkamah
- Ahmad Maslan, Asyraf Wajdi, Ahmad Razif tiba di mahkamah beri sokongan Najib
- Najib tiba di mahkamah, penuh dengan ribuan penyokong
- Kronologi kes SRC
- Pasukan pembelaan Najib gagal timbulkan keraguan munasabah, kata mahkamah
- Kes SRC: Najib didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan – Hakim
- Prosiding hukuman terhadap Najib ditangguhkan 2 petang ini
- Penyokong Najib badut, bodoh – Cucu Dr M
- Syabas, berbaloi, kata Rafizi selepas mahkamah isytihar Najib bersalah
- Penyokong Najib emosi selepas mahkamah umum Najib bersalah
- Kes Najib: Zahid gesa penyokong UMNO bertenang
- Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
- Hakim benar tangguh hukuman, ikat jamin Najib dinaikkan RM1 juta
- Najib sumpah tak tahu RM42 juta depan hakim
- Terima kasih la, dulu kuat lawan PH sampai jadi menteri, Najib sindir KJ
- Najib masih Ahli Parlimen hingga proses rayuan selesai, kata Speaker
- UMNO akan tentukan hala tuju dalam PN kata Zahid susulan keputusan mahkamah kes Najib
- PAS zahir komitmen bersama UMNO dalam MN kata Hadi
- Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih – Najib Razak
- PAS parti Agama tak malu kata Tony Pua
- TERKINI: Muhyiddin, MP PN buat perjumpaan tertutup, butir perbincangan dirahsiakan
- Terjemahan kenyataan Shafee susulan keputusan mahkamah kes Najib
Join our Telegram Channel