Kuala Lumpur – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin mengingatkan sekumpulan pekebun durian di Sungai Klau Raub bahawa Malaysia mempunyai Raja yang menjadi payung kedaulatan negara.
Beliau berkata demikian susulan demonstrasi yang dilakukan pekebun durian berkenaan apabila diancam pengusiran bagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan isu itu.
“Tiba-tiba mereka tersedar yang negara ini mempunyai Raja. Tapi apa yang mereka masih lupa bahawa Raja juga adalah payung kepada kedaulatan negara. Negara yang berdaulat adalah negara yang mempunyai undang-undang yang wajib dipatuhi oleh semua warganya.
“Dalam hal ini, puluhan tahun mereka meneroka tanah haram dan menikmati hasil yang bukan sedikit. Tiada sebab untuk sesiapa berdengki tetapi kerajaan ada sebab untuk memastikan kemakmuran negeri,” katanya dalam satu hantaran Facebook, hari ini.
Shahaniza yang juga Exco Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, menjelaskan, kerajaan cuma berusaha untuk melakukan pemutihan ke atas tanah-tanah yang diteroka secara haram.
Namun begitu katanya, permit penggunaan tetap diberi sebelum ini bagi pokok yang sudah pun berusia lima tahun ke atas.
“Tiba-tiba mereka kata mereka ditindas. Sedangkan puluhan tahun mereka kutip hasil tanpa ada sedikit pun faedah kepada kerajaan negerk dan juga rakyat Pahang keseluruhannya.
“Tapi bagus jugalah akhirnya mereka sedar bahawa Negara ini masih ada Raja. Harap lepas ini mereka janganlah bila terdesak sahaja ingat kepada Raja,” bidasnya.
24 Ogos lalu, pekebun durian di Raub berkata, mereka yang mengusahakan tanaman durian atas tanah kerajaan tanpa kebenaran, memegang pelbagai sepanduk dan melaungkan slogan meminta kebun mereka diselamatkan. – SuaraTV
ARTIKEL BERKAITAN:
- Akhirnya tokey durian haram sedar negara ini ada Raja, sindir Shahaniza
- MB Pahang tetap mahu pekebun durian haram ‘kosongkan’ tanah
- KURANG AJAR: Pekebun durian haram sound polis bangsat
- Lihatlah berapa kurang ajarnya MP DAP Ronnie Liu terhadap pihak polis (3 video)
- Pekebun durian haram roboh 4 jambatan elak operasi musnah pokok Musang King
- Pekebun durian haram insaf, rayu operasi tebang ditangguh
Join our Telegram Channel