KURANG AJAR: Pekebun durian haram sound polis bangsat



RAUB – Operasi memusnahkan pokok durian Musang King di Hutan Simpan Batu Talam di sini yang bermula kelmarin berhadapan dengan provokasi melampau pekebun haram yang bertindak masuk ke kawasan berkenaan dan melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, susulan itu seramai 18 orang yang disyaki pekebun haram telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Raub untuk tindakan lanjut.


“Sepanjang operasi semalam jabatan berdepan dengan keadaan provokasi oleh pekebun haram, antara tindakan yang mereka lakukan ialah membuat halangan kepada kenderaan jabatan untuk keluar dan masuk ke kawasan ini serta menghalang anggota dari menjalankan tugas.

“Oleh itu beberapa laporan polis serta rakaman video telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan susulan,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Hizamri operasi memusnahkan kawasan penanaman durian Musang King di kawasan Hutan Simpan Batu Talam berkenaan dimulakan bermula kelmarin sehingga 2 Ogos depan. – Kosmo



Join our Telegram Channel
Telegram