Anak Mukhriz mohon maaf langgar PKPP, tak komen pasal mabuk



PETALING JAYA: Anak Mukhriz Mahathir, Ally hari ini memohon maaf secara terbuka atas tindakan melanggar perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dan menyesali kejadian menimpanya.

Ally mengakui tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana menyusahkan keluarga, rakan dan masyarakat.

“Sejujurnya saya menyesal. Bukan sahaja kerana saya cuai melanggar larangan pergerakan selepas tengah malam, malah bersikap tidak bertanggungjawab di kala kita semua sedang diancam pandemik.



“Saya kesal kerana kecuaian itu sudah menyusahkan keluarga dan rakan saya, serta anda sekalian. Benarlah saya bersalah dan anda patut berasa kecewa tetapi tidak sebesar kekecewaan dan kekesalan yang saya rasai ketika ini,” katanya.

Semalam, Mukhriz mengesahkan anak dan menantunya antara individu ditahan pihak berkuasa dalam serbuan di sebuah pub di Jalan Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu.

Bekas menteri besar Kedah itu berkata, beliau sendiri sudah memberi peringatan kepada seluruh anggota keluarganya, supaya sentiasa mematuhi PKPP dan turut menzahirkan rasa kecewanya terhadap tindakan anak dan menantunya itu.



Ally berkata, dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dan menjadi teladan kepada masyarakat, namun menyedari usahanya itu masih belum memadai.

“Maka, saya mesti dan akan tingkatkan usaha untuk menjadi lebih baik. Saya harap suatu hari nanti, saya dapat membuktikan kepada anda semua, yang saya sudah berjaya,” katanya.

Ally turut memberitahu, pegawai dan anggota polis yang mengendalikan kesnya itu sudah menjalankan tugas dengan baik, sopan dan adil terhadapnya dan menyanjung sikap profesionalisme ditunjukkan mereka. – FMT

ARTIKEL BERKAITAN:


View this post on Instagram

A post shared by Ally ✨ (@ally.mukhriz) on




Join our Telegram Channel
Telegram