Netizen jadi detektif Conan kongsi petunjuk pusat judi mungkin masih beroperasi

“Terima kasih sebab you all kerana percaya pihak polis. Kalau tak percaya pihak polis I tak mahu panggil lagi dah. Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all”

Ketua polis daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menggesa pihak media supaya mempercayai pihak polis dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan.

“Terima kasih sebab you all kerana percaya pihak polis. Kalau tak percaya pihak polis I tak mahu panggil lagi dah. Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all

Beliau berkata demikian ketika mengakhiri lawatan mengejut ke satu premis judi di sini.

Terdahulu, beliau menafikan dakwaan pentadbir laman facebook Hot Burger Malaysia yang mengatakan tiada tindakan diambil terhadap premis judi berkenaan.


Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Potong, dan ambil tindakan, potong grill di belakang itu untuk kita masuk.

Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.

Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa-apa kegiatan perjudian.”

Tambahnya serbuan sebelum itu sudah dilakukan sebanyak 8 kali sejak bulan may hingga bulan ogos.


“Kalau tak salah saya, dalam tempoh bulan itu sahaja, kita dah buat 8 serbuan. Lepas itu kita akan pantau kalau ada maklumat kita akan pergi balik.

Selian itu, beliau juga berkata premis judi tersebut berulang kali membuka dan menutup premis.

“Yang ini (premis judi)  dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar”

Namun netizen pula rata-rata berpandangan sebaliknya. Dari video serbuan tersebut netizen telah menyenaraikan beberapa keraguan yang boleh dilihat secara kasar.



Di antara kemusykilan yang dikongsikan oleh Mohd Hazril Iqram Nordin adalah seperti karpet premis judi yang kelihatan sangat bersih seolah-olah sentiasa dibersihkan selain kamera cctv yang dilihat seolah-olah masih berfungsi dengan baik.

Selain itu, peralatan di premis tersebut juga masih dalam keadaan baik seperti kipas yanag masih bersih, unit penghawa dingin yang juga masih tidak kotor seolah-olah kerap diselenggara yang menunjukkan mungkin pusat judi haram itu masih beroperasi sehingga video tersebut viral.

Sementara itu pihak SPRM telah menangkap tiga penguatkuasa MBSA hari ini kerana mengambil rasuah secara bulanan dan tidak menolak kemungkinan akan menangkap lebih ramai lagi penguatkuasa agensi lain dalam masa yang terdekat.

Apa komen anda? Adakah anda setuju dengan kemusykilan-kemusykilan yang telah dikongsikan Hazril?  – TTKM / Cinca


ARTIKEL BERKAITAN:














Join our Telegram Channel
Telegram