
Setiausaha politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menegaskan bahawa menteri berkenaan tidak terlibat dalam pemberian tender rundingan terus di bawah kementeriannya semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH)
Sebaliknya, Nor Hizwan Ahmad berkata, projek tersebut diuruskan oleh Kementerian Kewangan di bawah menterinya ketika itu, Lim Guan Eng.
"Sedangkan fakta yang tepat dan nyata adalah YB Puan Hajah Zuraida langsung tidak terlibat sama sekali sama ada dalam hal rundingan , hal memberi kelulusan mahupun sebarang perbincangan berkenaan projek tersebut.
"Tiada satu pun yang melibatkan YB Puan Hajah Zuraida. Ia diuruskan terus oleh Kementerian Kewangan yang ketika itu menterinya ialah Lim Guan Eng sendiri.
"Saya amat yakin dan pasti bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ada menyimpan semua dokumen yang berkenaan dan mempunyai kronologi tentang bagaimana projek ini akhirnya mendapat kelulusan Kementerian Kewangan untuk diteruskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Zuraida berkata dua projek rundingan terus di bawah kementeriannya semasa kerajaan PH dibuat di luar pengetahuannya dan berjanji akan melakukan siasatan.
Kenyataan itu hadir selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam mendedahkan 101 kontrak kerajaan bernilai RM6.61 bilion yang didakwanya diberikan melalui rundingan terus di bawah PH.
Dua daripada projek tersebut melibatkan kementerian Zuraida membabitkan jumlah RM170.79 juta.
Salah satunya adalah projek penyelenggaraan sistem kewangan dan perakaunan kementerian bernilai RM501,206.
Manakala satu lagi kontrak bernilai RM170.3 juta untuk pembinaan stesen pelupusan sisa pepejal di Taman Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.
Lim, yang mengadakan sidang media pagi ini menafikan dakwaan Zafrul dan menyifatkannya sebagai penipuan besar.
Menurut Lim projek rundingan terus di bawah PH bukannya 1.4 peratus atau RM6.61 bilion daripada keseluruhan perolehan kerajaan tetapi hanya 0.07 peratus atau RM352 juta.
Lim juga berkata adalah lebih baik bagi Zuraida untuk menjelaskan apa yang berlaku di bawah kementeriannya.
Sementara itu, Hizwan membidas pemimpin PH kerana melakukan serangan terhadap Zuraida dalam isu tersebut, terutama Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Saifuddin Nasution Ismail.
"Kerakusan pembangkang menyerang pemimpin kerajaan seperti ini hanyalah seakan mahu menutup bangkai gajah dengan daun pisang.
"Rakyat semakin meninggalkan pembangkang, demi menutup aib mereka yang kian terdedah YB Zuraida cuba dijadikan sasaran serangan murahan.
Katanya lagi, dia juga pasti cubaan dilakukan pembangkang untuk melakukan serangan berkenaan akan gagal kerana kerajaan Perikatan Nasional berpegang dengan kebenaran dan fakta.
"Saya juga tidak hairan dengan mentaliti kuno pembangkang yang sentiasa menyerang kerajaan kerana mereka benar-benar telah kehabisan modal politik.
"Yang pastinya, kerajaan Perikatan Nasional kini diyakini sebagai sebuah pentadbiran yang telus, berintegriti dan terbuka," katanya. – Mkini
ARTIKEL BERKAITAN:
- [Video] Astaghfirullahalazim, RM6 bilion rundingan terus? Dewan kecoh
- [Video] Ngeh Koo Ham dihalau keluar dewan, ganggu ucapan menteri
- [Video] Siapa lulus RM6 bilion kalau kabinet tak pernah bincang? – Wee Ka Siong soal Guan Eng
- RM6.61 bilion rompakan besar PH, Guan Eng terbukti menipu – Asyraf
- [Video] Duit bapak awak ke saya curi? MP Baling tanya Jelutong
- [Video] Guan Eng cabar Zafrul dedah 101 projek didakwa runding terus zaman PH
- SPRM kaji elemen rasuah 101 projek rundingan terus PH
- [Video] Menteri pengkhianat pun ada minta tender ‘direct award’ dari saya! – Guan Eng
- Kalau setakat Azmin, bagi saya je lawan dia – Abdullah Sani
- Rundingan terus adalah lumrah, perkara biasa – Guan Eng
- Satu pun tak pernah bincang dalam mesyuarat Kabinet, kata Zuraida
- PN dedah senarai 101 kontrak direct-nego
- Tengku Zafrul dedah siaran Piala Dunia RM30 juta bukan ditaja tapi projek direct-nego PH
- Apa yang urgent sangat beli ink toner pun direct nego?, netizen tanya Anthony Loke
- DAP, PAN parti tertinggi bolot projek direct-nego zaman PH, RM5.8 bilion
- Zuraida tak tahu projek runding terus KPKT, akan lakukan siasatan
Join our Telegram Channel