Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah sebentar tadi.
Menurut sumber Guan Eng ketika ini telah berada di SPRM Putrajaya.
Sumber SuaraTV sebelum ini mendedahkan, Guan Eng yang juga merupakan bekas menteri kewangan itu ditahan berhubung skandal projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion.
“Berdasarkan siasatan dan kenyataan saksi yang direkodkan sebelum ini menunjukkan ada kes yang kuat yang mendakwa beliau. Ya, paling lewat petang ini,” kata sumber itu ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.
DAP sebelum ini memaklumkan Guan Eng telah berjumpa dengan kumpulan peguamnya bagi membincangkan mengenai kemungkinan dirinya ditahan minggu ini. – SuaraTV
Berita lanjut menyusul...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Guan Eng dipanggil ke SPRM, keluar selepas 6 jam
- Guan Eng ke SPRM sambung keterangan penyelewengan projek terowong dasar laut
- Menteri: SPRM boleh buka semula kes rasuah banglo Guan Eng jika ada bukti baru
- Guan Eng tak boleh didakwa semula atas kesalahan sama, kata pemimpin DAP
- Skandal Terowong: Guan Eng bakal ditahan SPRM petang ini?
- TERKINI: Guan Eng ditahan SPRM sebentar tadi
Join our Telegram Channel