Zara Zya taja makanan dan Super Ring di Parlimen



KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Pelakon Zara Zya dikatakan menaja juadah makanan dan snek makanan ringan “Super Ring” kepada beberapa ahli parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memuat naik foto bersama pelakon itu di media sosial mengucapkan terima kasih di atas tajaan tersebut.



“Terima kasih ZaraZyacooks kerana sudi menaja makanan dan Super Ring sebentar tadi,” katanya di Instagram.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan tujuan Zara menaja juadah makanan dan snek berkenaan.

Makanan ringan “Super Ring” menjadi popular sejak kebelakangan ini selepas sering “dipromosikan”  oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di media sosial. – Projekmm



Join our Telegram Channel
Telegram