
PETALING JAYA: DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, jika presiden PKR itu mempunyai cukup bilangan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pihaknya ambil maklum mengenai pengumuman Anwar, yang mendakwa cukup sokongan ahli Parlimen untuk menuju ke Putrajaya.
“Kami mengambil maklum pengumuman tadi bahawa beliau mempunyai sokongan ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan.
“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Anwar mengumumkan beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang dan beliau akan menghadap Agong dalam masa terdekat.
Anwar turut mengumumkan beliau membentuk pakatan baru dengan rakan baru.
Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, PH mempunyai 91 ahli Parlimen, Warisan (9), PBS (2) dan PSB (1). Sembilan lagi ahli Parlimen daripada kumpulan penyokong Dr Mahathir Mohamad dan seorang wakil rakyat bebas.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Anwar dikatakan dapat sokongan 20 wakil rakyat dari PN untuk bentuk kerajaan
- [VIDEO] TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- Amanah 100% sokong Anwar tubuh kerajaan baru
- Semua 18 MP PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim
Join our Telegram Channel