
Dibayangi dengan khabar Anwar Ibrahim kini mendapat sokongan majoriti ahli
parlimen untuk membentuk kerajaan baru, PAS hari ini berkata, parti itu akan
mendapatkan penjelasan daripada rakan Muafakat Nasional (MN) mereka berhubung
perkara berkenaan.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata jika perkembangan itu
benar-benar berlaku, bermakna Umno tidakl mematuhi persefahaman yang termaktud
dalam piagam MN setahun lalu.
“Ia boleh dianggap sebagai suatu gerakan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan
Perikatan Nasional (PN) yang terbina di atas permuafakatan BN, Bersatu, PAS,
GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan beberapa parti lain di atas kejatuhan
kerajaan PH (Pakatan Harapan).
“Sehubungan itu PAS berharap untuk mendapat penjelasan yang sejelas-jelasnya
daripada Umno atas dasar rakan muafakat dalam MN, seterusnya mengajak Umno
untuk kembali menghayati hasrat dan iltizam yang telah disepakati secara
bersama ini,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Kelmarin Anwar mengadakan sidang media untuk mengumumkan dia memiliki majoriti
kukuh bagi membentuk kerajaan baru selepas sejumlah ahli parlimen pelbagai
parti berada di belakangnya.
Ia kemudian diikuti dengan kenyataan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang
mengesahkan tahu ada beberapa ahli parlimen parti itu kini bersama-sama Anwar
dan tidak dapat menghalangnya.
Bagaimanapun seorang demi seorang ahli parlimen Umno sudah menafikan mereka
menyertai kumpulan Anwar setakat ini.
Anwar pula belum mendedahkan jumlah sokongan diperolehnya kerana ia perlu
dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong terlebih dahulu.
Takiyuddin berkata, PAS berpendapat jika benar ada ahli parlimen Umno
memberikan sokongan kepada Anwar, bermakna parti itu tidak mematuhi
persefahaman yang ditandatangani pada 14 Sep 2019.

ARTIKEL BERKAITAN:
- TERKINI: Anwar dikatakan dapat sokongan 20 wakil rakyat dari PN untuk bentuk kerajaan
- [VIDEO] TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- TERKINI: Anwar umum majoriti kukuh, 'kerajaan Muhyiddin jatuh'
- Amanah 100% sokong Anwar tubuh kerajaan baru
- Semua 18 MP PAS tidak bersama Anwar, kata Tuan Ibrahim
- 42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM, kata Guan Eng
- Umno tak dapat halang wakil rakyatnya sokong Anwar – Zahid
- Istana Negara sahkan Anwar sepatutnya menghadap Agong semalam
- Tajuddin: Bubar parlimen, PRU jalan terbaik, biar rakyat tentukan
- Mesyuarat Kabinet tak bincang pasal Anwar, tidak penting – Tuan Ibrahim
- BN, Bersatu, PAS, GPS, PBS, STAR kekal bersama Muhyiddin
- Tak mungkin Anwar jadi PM melainkan bubar parlimen, PRU – Annuar Musa
- Zahid beri isyarat supaya PRU diadakan segera, bukan sokong Anwar, kata Isham Jalil
- Senarai ahli parlimen UMNO yang sokong Anwar sebagai PM ke-9
- TERKINI: Senarai barisan kabinet baharu kerajaan Anwar, Zahid Najib tersenarai
- TERKINI: Anwar janji gugur kes Zahid, Najib jika jadi PM-9
- Sebab mengapa sebilangan dalam Umno marah dengan Muhyiddin dan mungkin sokong Anwar
- Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kata Nazri
Join our Telegram Channel