Tiada krisis Bung, Rahman, masalah adik-beradik je – Ahmad Zahid



Kota Kinabalu – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tiada krisis antara Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bukanlah krisis tetapi lebih merupakan perbezaan pendapat dalam keluarga.

“Tidak ada krisis sebenarnya, ini hanya seperti berkocaknya air di dalam cawan. Itu hanyalah masalah adik beradik. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.” kata Ahmad Zahid kepada SuaraTV selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Jentera Wanita UMNO Negeri Sabah di Kota Kinabalu semalam.



Sementara itu sumber memberitahu SuaraTV, dalam ucapan tertutup tersebut Ahmad Zahid tampak menyatukan kepimpinan parti apabila turut memberi penghargaan kepada pemangku-pemangku Ketua UMNO Bahagian yang terpaksa mengambil alih kepimpinan bahagian apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai Ketua UMNO bahagian ke Bersatu.

Abdul Rahman Dahlan yang ditemui di luar majlis yang sama enggan mengulas lanjut tetapi dengan muka gembira menyatakan biar Presiden yang memberi kenyataan.

Beberapa keping gambar perjumpaan yang dibocorkan kepada SuaraTv menunjukkan kehadiran semua pemimpin utama negeri terutama Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.



Difahamkan dalam perjumpaan tertutup Perjumpaan Tertutup bersama Ketua UMNO Bahagian ZON 1&2: Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Kota Kinabalu Putatan, Penampang, Rahman selaku ahli Majlis Tertinggi UMNO turut hadir dan bergambar mesra dengan Bung Moktar dan Ahmad Zahid.

Sebelum ini terdapat perbezaan pendapat antara Bung Moktar dan Rahman Dahlan yang menimbulkan pelbagai spekulasi bahawa BN sedang berpecah antara kumpulan Bung dan Rahman. – SuaraTV

ARTIKEL BERKAITAN:



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram