
KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan
Jenayah Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
semalam.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata,
pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan.
“Kita masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes cuci duit
atau kes lain.
“Saya tidak boleh ulas kerana siasatan dijalankan SPRM,”katanya pada sidang
akhbar di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Acryl memberitahu pihak polis juga menjalankan
siasatan dalaman berhubung dakwaan sesetengah pihak di media sosial
berhubung pembabitan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan
dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.
“Kita tunggu hasil laporan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)
untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – Kosmo
ARTIKEL BERKAITAN: Scammer Macau Scam akhirnya kantoi selepas pamer kemewahan di media
sosial


Join our Telegram Channel