
KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa melakukan pembohongan amat
jelas apabila mendakwa Parti Warisan Sabah (Warisan) menang di Sabah pada
pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Warisan tidak menang di Sabah
pada PRUke-14 kerana yang membentuk kerajaan ialah Barisan Nasional (BN) dan
Tan Sri Musa Aman telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
”Lalu Tun Mahathir gunakan SPRM untuk ugut ADUN-ADUN kerajaan BN Sabah
kononnya mereka dibayar wang untuk sokong Musa Aman.
”Rumah digeladah, wakil rakyat disoal siasat berhari-hari. Namun satu celah
bukti pun tidak dapat dicari untuk menyokong tuduhan Tun Mahathir. Lalu parti
UPKO yang bertanding atas tiket BN melompat ke Warisan untuk menjatuhkan
kerajaan BN Sabah,” tegas Najib.
Namun, katanya, UPKO telah dihukum warga Sabah sebab melompat pada Pilihan
Raya Negeri Sabah yang lalu setelah mereka kalah 6 daripada 7 kerusi yang
ditandingi parti itu.
Presiden UPKO sendiri pun kalah, ujar beliau.
Najib menegaskan kenyataan Dr Mahathir yang menyebut kerajaan pintu belakang
itu sebenarnya adalah Warisan kerana Musa tidak dibenarkan berjumpa dengan
Yang Dipertua Sabah lalu digugurkan jawatan untuk membenarkan Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri dengan cara yang
melanggar perlembagaan.
”Ini telah disahkan mahkamah,” katanya.
Tambah Najib, selepas beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hilang
kepercayaan terhadap Kerajaan Warisan dan Shafie hilang sokongan majoriti
kepada Musa maka kerajaan negeri itu tumbang.
Tetapi Shafie membuat kenyataan bahawa beliau sanggup mati daripada serah
kembali kuasa sebagaimana beliau rampas kuasa melalui pintu belakang selepas
PRU14.
”Sebab dia sendiri kata dia sanggup mati maka dia bubarkan DUN untuk
mengadakan PRN Sabah. Keputusan Shafie bubar DUN juga disokong penuh oleh
majlis Presiden PH (Pakatan Harapan),” kata beliau lagi.
Najib berkata, beliau sendiri membantah pembubaran DUN untuk PRN, begitu juga
dengan Musa.
Lantaran itu, Musa bersama 32 ADUN Sabah terpaksa memohon sebanyak tiga kali
kepada mahkamah untuk batalkan keputusan bubar DUN tapi semuanya kalah.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beberapa kerajaan negeri bertukar tangan
selepas PRU14 iaitu Sabah pada tahun 2018 dan Johor, Melaka, Perak dan Kedah
pada tahun 2020 tetapi sekali pun DUN tidak dibubar.
”Hanya Shafie sahaja yang bubarkan DUN untuk adakan PRN. Sebab itu, Shafie
bukan terpaksa bubar tetapi dia sanggup mati dan membahayakan nyawa warga
Sabah untuk kekalkan kuasa dia,” tegas Najib.
Oleh itu, Najib berkata, Dr Mahathir jangan cuba hendak membohongi rakyat lagi
untuk salahkan Perikatan Nasional atau BN.

ARTIKEL BERKAITAN:
- Shafie umum bubar DUN Sabah
- Musa, 32 Adun cabar pembubaran DUN Sabah
- Muhyiddin: PRU segera jika kita menang di Sabah
- Zahid mohon maaf, Shafie Apdal lari keluar negara dengan jet peribadi selepas peningkatan kes Covid-19 akibat PRN Sabah
- Covid-19: PH yang beriya bubar DUN Sabah, bukan salah BN, PN – Najib
- Pemuda PAS dangkal, bodoh sombong tuduh Shafie sebab penularan Covid-19, kata Warisan
- Najib: 5 negeri tukar kerajaan tak PRN, kenapa Shafie nak PRN sampai tular Covid-19?
- Dr M: Jangan mungkir janji buat PRU, biar lebih ramai mati
- KETIK UNTUK ARTIKEL BERKAITAN PRN SABAH
Join our Telegram Channel