Najib: 5 negeri tukar kerajaan tak PRN, kenapa Shafie nak PRN sampai tular Covid-19?



Saya baca ada beberapa penyokong PH yang komen dalam posting saya pagi ini bahawa Shafie tak akan bubarkan DUN Sabah untuk PRN jika Musa Aman tak cuba rampas kuasa.

Bahawa PH dan Shafie TERPAKSA bubar DUN.

Macam inilah.

Shafie rampas kuasa Musa Aman dengan ambil ADUN BN, takde pun DUN dibubar.

Musa Aman cuba rampas kuasa Musa Aman, DUN dibubar pulak.


Cuma Shafie berhak merampas kuasa dari Musa Aman tapi Musa Aman tak berhak buat yang sama pada Shafie, kan?

Lagipun, kerajaan negeri sudah bertukar tangan 5 kali selepas PRU14 tanpa DUN dibubar sebelum Shafie bubarkan DUN Sabah.

Di Sabah pada tahun 2018 dan di Johor, Melaka, Perak dan Kedah pada tahun 2020.

Tak ada pun DUN 5 negeri ini TERPAKSA dibubar untuk PRN pulak.

Satu lagi tuduhan penyokong PH ialah Musa Aman sogok ADUN Warisan Plus untu lompat walaupun mereka tak ada bukti sogokan ini berlaku dan tak buat laporan polis pun.


Tapi yang lompat ke Musa Aman tahun ini adalah wakil-wakil rakyat DAP, PKR, UPKO dan Warisan.

Adakah apa yang dimaksud PH ialah wakil-wakil Rakyat DAP, PKR, UPKO dan Warisan memang mudah di rasuah ke?

NOTA: Untuk rekod, alasan-alasan diberi oleh wakil-wakil Rakyat yang melompat ialah mereka hilang kepercayaan pada Shafie kerana ekonomi Sabah lembab, bantuan Covid negeri tidak diuruskan dengan baik dan Shafie asyik lantik geng-geng dia untuk jawatan paling penting Sabah.

Yang lompat keluar dari BN itu hero yang suci tapi individu-individu yang sama lompat keluar PH/Warisan adalah perasuah pula ke?

– Najib Razak

 

Join our Telegram Channel
Telegram