Pertemuan 6 mata pemimpin PN gagal, saling tuduh khianati kerjasama



CYBERJAYA – Perbincangan enam mata wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu lepas gagal memberi sebarang penyelesaian yang munasabah kepada krisis politik negara pada masa kini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi pihak PBBM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Ahmad Maslan (Setiausaha Agung) bagi pihak UMNO, manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar.


Menurut sumber, pertemuan yang membincangkan isu surat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang Di Pertuan Agong dan tuntutan Biro Politik UMNO berakhir dalam keadaan tidak baik.

UMNO dan PBBM dikatakan saling menuduh antara satu sama lain sebagai mengkhianati kerjasama ini.

Pengumuman penangguhan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional(MN) semalam juga sangat misteri.


Mesyuarat tersebut antara lain dikatakan akan membincangkan penyertaan PBBM ke dalam MN diumumkan batal walaupun laporan Bernama menunjukkan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dilihat tiba di Menara Dato Onn pada 8.15 malam.

Idris dikatakan meninggalkan PWTC pada 11.05 malam.

Malahan kenyataan media bersama UMNO-PAS hari ini untuk mendaftar Muafakat Nasional secara rasmi menimbulkan persoalan sama ada mesyuarat semalam telah berlangsung tanpa membincangkan kedudukan PBBM dalam MN. – SuaraTV
Join our Telegram Channel
Telegram