Apps Muslim Pro jual data umat Islam kepada ketenteraan US



Muslim Pro, aplikasi yang telah dimuat turun hampir 98 juta umat Islam seluruh dunia dikatakan telah menjual data lokasi pengguna kepada ketenteraan US untuk sebab-sebab yang tidak diketahui, lapor Vice

Menurut laporan itu, salah satu pembeli data tersebut ialah dari bahagian Komando Operasi Khas AS atau US Special Operations Command (USSOCOM) yang berkait rapat dengan isu seperti anti-keganasan, anti-pemberontakan dan pelbagai aktiviti rahsia di seluruh dunia.


Ketenteraan AS juga dilaporkan mendapatkan data lokasi pengguna dengan dua cara. Cara yang pertama ialah menggunakan alat pengesan bernama Locate X.

Cara yang kedua pula menggunakan syarikat bernama X-Mode. Syarikat ini akan peroleh data lokasi live daripada aplikasi kemudian menjual data tersebut kepada ‘pihak ketiga’ termasuk kontraktor kerajaan.

Menerusi laporan Vice, aplikasi Muslim Pro lah yang paling banyak mengirim data penggunanya kepada X-Mode. Sebagai imbalan, X-Mode akan membayar mereka berdasarkan jumlah pengguna yang dimiliki. Contohnya, kalau ada 50,000 pengguna aktif harian di AS mereka akan hasilkan USD 1,500 sebulan!


Muslim Pro ni bukannya calang-calang aplikasi dan ia dikatakan antara aplikasi paling popular di kalangan umat Islam seluruh dunia. Selain tunjuk jadual waktu solat, ia juga digunakan untuk tunjuk arah kiblat dan lain-lain.

Sehingga kini, Muslim Pro tidak memberi sebarang kenyataan lagi berkenaan laporan tersebut. Selain Muslim Pro, menurut Vice, aplikasi jodoh seperti Muslim Mingle juga menjual data kepada X-Mode. – LobakMerah














Join our Telegram Channel
Telegram