
Madrasah pertama bagi golongan transgender Muslim dibuka di Dhaka,
Bangladesh pada 6 November lalu.
Ulama tempatan melihat ini sebagai langkah pertama untuk menyatukan kumpulan
minoriti yang sering dipandang serong oleh masyarakat setempat, lapor Chanel
News Asia.
Dengan nama Madrasah Dawatul Islam Tritio Linger, tempat ini akan mengajar
kumpulan transgender pengetahuan mengenai Al-Quran, falsafah Islam, bahasa
Bengali, Inggeris, matematik dan sains sosial.
“Saya sangat gembira,” kata Shakila Akhter, seorang pelajar berusia 33 tahun
yang dilahirkan sebagai seorang gadis sebelum memilih untuk menjadi lelaki.
“Kami beragama Islam, tetapi kami tidak dapat pergi ke masjid. Kami bahkan
tidak dapat bergaul dengan anggota masyarakat lain,” kata Akhter
menceritakan kehidupannya sebagai seorang transgender Muslim di Bangladesh.
Kira-kira 1.5 juta orang transgender tinggal di Bangladesh. Penubuhan
sekolah ini dianggap sebagai salah satu usaha Bangladesh untuk menyatukan
kumpulan yang sering menjadi sasaran diksriminasi di negara-negara Asia.
Mereka sering dijatuhkan hukuman penjara kerana memilih untuk menjadi
berbeza.
Pada tahun 2015, pelampau Islam membunuh aktivis gay dan editor sebuah
majalah LGBT. Sementara itu, banyak golongan LGBT lain telah melarikan diri
dari Bangladesh.
Untuk rekod, Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina sejak 2013 telah
memberi kebenaran agar kumpulan trangender dikenali sebagai jantina yang
terpisah. Tahun lalu, kumpulan trangender diberi kebenaran untuk menukar
jantina mereka.
Madrasah ini akan dikendalikan oleh sekumpulan ulama yang diketuai oleh
Abdur Rahman Azad. Mereka mengubah bangunan tiga tingkat menjadi sebuah
sekolah dengan dana dari badan amal tempatan. Pada masa ini, 150 pelajar
transgender sudah berdaftar di sana.
Bagi Azad, golongan transgender atau lebih dikenali sebagai Hijra di
Bangladesh, telah menderita terlalu lama.
“Mereka telah menjalani kehidupan yang sengsara terlalu lama. Mereka tidak
dapat pergi ke sekolah, madrasah atau masjid. Mereka menjadi mangsa
diskriminasi. Kita, rakyat dan negara harus disalahkan untuk ini,” katanya.
“Kami ingin mengakhiri diskriminasi ini. Allah tidak membezakan antara
manusia. Islam memperlakukan semua orang sebagai manusia. Hijrah mesti
menikmati semua hak seperti manusia lain,” kata Azad. – Vocket
Join our Telegram Channel