KWSP WAJAR PERLONGGARKAN SYARAT
1. Ramai yang mengadu kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia termasuk yang
hantar mesej kepada saya perihal syarat-syarat yang dikenakan oleh KWSP bagi
membolehkan rakyat mendapat manfaat daripada pengeluaran wang mereka melalui
Skim I-Sinar yang diumumkan semalam.
2. Melihat kepada ringkasan syarat permohonan i-Sinar yang dihantar kepada
salah seorang pengadu, nampaknya semacam KWSP begitu rigid dan ketat dalam
meletakkan syarat pengeluaran Akaun 1 pencarum.
3. Ramai yang terjejas teruk punca pendapatan tetapi tidak berada dalam
kategori diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji.
4. Malah ramai yang menjadi pencarum selama puluhan tahun tetapi sudah tidak
mencarum dalam tempoh Mac 2019 hingga Februari 2020 sebagaimana yang
disyaratkan. Namun, hakikatnya mereka tetap berdepan dengan isu kelangsungan
hidup akibat terjejas teruk sumber pendapatan kerana kerugian perniagaan
sepanjang pandemik.
5. Kes-kes seperti ini adalah sebahagian sahaja daripada pelbagai kesengsaraan
rakyat yang susah dan mengharapkan wang simpanan mereka dapat dikeluarkan
daripada KWSP secara sekaligus untuk menyelesaikan banyak perbelanjaan dan
komitmen yang tertunggak.
6. Sebab itulah Pemuda UMNO mengharapkan ihsan pihak KWSP untuk
memperlonggarkan syarat agar mengambil kira juga rakyat yang ketika ini
benar-benar sengsara akibat kekangan punca pendapatan untuk meneruskan
kelangsungan hidup.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Lanjut moratorium, KWSP RM10,000 syarat BN sokong Belanjawan 2021
- [Video] Rayer buat perangai lagi, ganggu perbahasan Najib
- Saya bekas Menteri Kewangan pun keliru dengan Belanjawan 2021 – Najib
- MP Pas balun Najib, sokongan bersyarat BN ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang
- Syarat Najib-BN sokong Bajet 2021 boleh dilaksanakan, melainkan jika PN yang mahu menolak
- MP PAS pertahan kenyataan hikayat Puteri Gunung Ledang
- Boss KWSP kena sekolah dengan Najib
- KWSP: Itu duit rakyat, kata Ahmad Maslan
- Najib dedah Dr M songlap saham untuk KWSP 10 bilion
- Australia benar rakyat keluarkan $20,000 wang KWSP mereka
- Najib tidak ambil hati disindir MP Pas cadangan 10k KWSP, lanjutan moratorium seperti hikayat Puteri Gunung Ledang
- Benarkan pengeluaran one off KWSP lebih RM10,000 – Zahid
- KWSP: Boleh keluar RM9,000 hingga RM60,000
- Tergelepuk di pagar KWSP
Join our Telegram Channel