
LAWAS – Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia nekad mencucuk
mata seekor buaya untuk menyelamatkan diri setelah diserang binatang terbabit
berhampiran sebuah parit di Ladang Trusan di sini, semalam
Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Roslan Leman mengesahkan kejadian
terbabit berlaku sekitar pukul 10.40 pagi.
“Mangsa ketika itu sedang mengait buah kelapa sawit sebelum binatang terbabit
menyerang dan menggigit paha kirinya.
“Mangsa berjaya melepaskan diri dengan menyucuk mata buaya dan naik ke tepi
sebelum meminta pertolongan dari kawannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Beberapa minit selepas kejadian tersebut, penolong pengurus ladang telah
sampai bersama pembantu perubatan yang bertugas di ladang tersebut untuk
memberikan bantuan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Lawas untuk
pemeriksaan lanjut.
Mangsa dikenali sebagai Sulu Maralang, 46, mengalami kecederaan parah di paha
kiri.
Join our Telegram Channel