
PETALING JAYA – Seorang pembantu perubatan hospital yang bertindak mencabul
pesakit lelaki ditahan di Projek Perumahan Rakyat di Setapak, Kuala Lumpur
petang tadi.
Suspek lelaki berusia 22 tahun itu ditahan susulan pihak polis menerima
laporan daripada mangsa berusia 27 tahun pada Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros
Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek ditahan pukul 5 petang itu dakwa
berkelakuan sedemikian kerana terpengaruh dengan cerita rakan sekerja.
“Dalam serbuan itu, kita turut merampas seluar dalam mangsa dalam milikan
suspek.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan,” katanya ketika
dihubungi hari ini.
Kehadiran seorang pesakit lelaki pada Ahad lalu bagi merawat demam denggi
bertukar mimpi ngeri selepas dia menjadi mangsa cabul seorang kakitangan
hospital di Jalan Pahang di sini pada Ahad lalu.
Dalam kejadian pukul 2.15 petang, mangsa berusia 27 tahun itu hadir ke wad
kecemasan hospital berkenaan sebelum dibawa suspek untuk menukar pakaian.
Suspek mendakwa pesakit perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum bertemu dengan
doktor.
Difahamkan, selesai mengenakan pakaian hospital mangsa dibawa ke satu bilik
dan suspek berpura-pura ingin memeriksanya sebelum mengarahkan dia
menanggalkan seluar.
Susulan itu, suspek bertindak meraba, mencabul dan memasukkan jari ke dalam
dubur mangsa selama beberapa minit selain mengambil gambar seluar dalamnya
sebelum kehadiran doktor.
Join our Telegram Channel