Saudi nafi ada pertemuan Netanyahu, Mohammed Salman



Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan menafikan laporan media Israel hari ini yang menyatakan berlaku pertemuan antara Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman.

Israel’s Army Radio dan Kan Radio kedua-duanya melaporkan bahawa Perdana Menteri Israel dan ketua agensi perisik Israel, Mossad, Yosef Meir Cohen, secara diam-diam terbang ke NEOM dari Tel Aviv untuk menemui Putera Mahkota Arab Saudi, lapor Reuters sebelum itu.


"Saya menerima dan mengucapkan selamat tinggal kepada Setiausaha Negara Pompeo di lapangan terbang di NEOM dan menghadiri pertemuannya dengan Putera Mahkota. Tidak ada orang Israel yang hadir, ”kata Menteri lLuar Arab Saudi, Putera Faisal kepada Al Arabiya English.

Putera Faisal sebelum ini menafikan khabar angin bahawa pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu berlangsung pada bulan Februari. – Cinca/AlArabiya



Join our Telegram Channel
Telegram