Erra Fazira mengaku tidak menang tangan melayan panggilan dan mesej di telefon
selepas menteri agama memaklumkan seorang wanita yang sama nama dengannya
berkahwin hari ini.
Media melaporkan sebilangan besar kaum keluarga, sahabat karib dan wartawan
menghubunginya mengucapkan tahniah atas ‘pernikahan’ itu.
“Ya Allah saya sibuk melayan panggilan ramai.
“Penat sebenarnya nak menjawab bukan saya yang menikah tapi Erra Fazira lain.
Lucu juga bila kenangkan semula,” katanya kepada Astro Awani ketika dihubungi.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berdepan keadaan itu selepas menteri
agama Zulkifli Mohamad mengucapkan tahniah kepada Erra Fazira dan suami
susulan perkahwinan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)
pagi tadi.
“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka.
“Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu,” kata Zulkifli.
Walaupun tidak mengenali wanita sama nama itu, pelakon Erra Fazira
bagaimanapun mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
“Seperti orang lain saya juga sangat gembira bila mendengar berita pernikahan
seperti ini. Nasihat saya, jalani kehidupan rumah tangga dengan penuh
kegembiraan serta saling menghasihi antara satu sama lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira datang nikah di pejabat agama, Menteri Agama ucap tahniah
Join our Telegram Channel