SHAH ALAM -Polis Selangor menerima enam laporan berkaitan kes seksual
dilakukan pendakwah selebriti setakat ini yang sebelum ini direman berhubung
kes merogol kenalan Instagram.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, ini
termasuk lima di daerah Shah Alam dan satu di daerah Petaling Jaya.
“Suspek yang tamat reman untuk kes pertama esok akan dipohon sambungan
remannya bagi siasatan kes yang baru diterima.
“Siasatan dijalankan dibawah kesalahan seksual seperti Seksyen 376 ( rogol),
354 (cabul), 377 (seks luar tabii) dan 323 (mencederakan) mengikut Kanun
Keseksaan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Fadzil turut menyeru sekiranya terdapat lagi mangsa-mangsa lain agar tidak
bimbang untuk tampil membuat laporan polis.
Terdahulu, Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pendakwah selebriti berusia
25 tahun direman lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes
merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini, September tahun
lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel