
KUALA LUMPUR: UMNO berhak menerajui kerajaan Perak yang baru kerana ia
mempunyai jumlah kerusi paling banyak di Dewan Undangan Negeri, kata
Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan.
Oleh itu, katanya, adalah adil untuk Ketua UMNO Perak, Saarani Mohamad
dilantik sebagai menteri besar seterusnya.
Ahmad turut mengucapkan tahniah kepada Saarani atas pelantikan itu, sambil
menambah Majlis Kerja Tertinggi UMNO tidak sabar bekerjasama dengan PAS dan
PPBM dalam kerajaan negeri itu.
“Bagi saya, insiden di Perak meningkatkan hubungan antara UMNO, PPBM dan PAS.
Kami bersyukur ia sudah selesai,” katanya sebelum mesyuarat Jawatankuasa
Perunding Muafakat Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra malam ini.
DUN Perak mempunyai 59 kerusi, dengan UMNO memiliki 25 kerusi, PPBM (5), PAS
(3) dan Gerakan (1). Terdapat seorang wakil rakyat bebas.
Pakatan Harapan pula mempunyai 24 kerusi, dengan DAP mendahului 16 kerusi, PKR
(3) dan Amanah (5).
Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata, mesyuarat malam ini
sekadar “mesyuarat MN biasa”.
Katanya, kemungkinan PPBM menyertai MN tiada dalam agenda malam ini kerana
fokus mereka ialah rancangan MN untuk pilihan raya umum ke-15.
Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bersetuju melantik ADUN Kota
Tampan, Saarani sebagai menteri besar yang baru. Beliau dijangka mengangkat
sumpah 11 pagi esok.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
- Zahid, Saarani tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak
- Zahid selesai jumpa Sultan, sahkan dapat sokongan Bersatu, Pas
- Sultan Nazrin titah Adun Bersatu, PAS mengadap
- Bersatu belum buat keputusan sokong Umno tubuh kerajaan Perak
- PAS tak jadi mengadap Sultan Perak
- Bersatu pertimbang ambil tindakan terhadap Hasnul sokong Saarani MB
- Sultan rilek je, tak kata derhaka pun, kata supol Pas Perak
- PAS, PPBM setuju Saarani MB Perak selepas Zahid mohon maaf
- ADUN PAS, PPBM serah SD kepada Sultan sokong Saarani MB Perak
- Sultan Perak setuju pilihan UMNO, Saarani dilantik MB
Join our Telegram Channel