KUALA LUMPUR: Setelah status pertunangannya dengan pendakwah selebriti,
Pencetus Ummah (PU) Haris menjadi perdebatan di laman sosial, pelakon dan
pengacara, Neelofa tampil menjelaskan hubungan mereka kini dalam proses
perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor turut menyangkal dakwaan
terkena minyak pengasih, memindahkan sejumlah wang kepada PU Haris dan sudah
bernikah di Kelantan.
Beliau berkata, kesemua tuduhan itu adalah tidak benar dan tidak berasas.
“Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga
kedua-dua belah pihak. Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin
memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara
yang berlaku.
“Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih
lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan. Kepada keluarga saya,
terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan.
“Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan
dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak lagi akan
berpanjangan,” katanya dalam satu kenyataan.
Spekulasi Neelofa dengan PU Haris atau nama sebenarnya, Haris Ismail yang
dikatakan berantakan semakin panas apabila ada yang mendakwa mereka sudah
bernikah.
Tular dalam media sosial apabila pasangan selebriti itu dikatakan sudah
bernikah di Kelantan dan diwalikan bapa kandung Neelofa, Mohd. Noor.
Dakwaan tersebut bertambah hangat apabila Neelofa dikatakan turut
‘menghadiahkan’ Haris RM100,000 seminggu sehingga mengumpul jutaan ringgit.
Kontroversi itu mula mendapat perhatian apabila seorang warganet memuat naik
gambar dengan dakwaan sendiri berhubung perkara itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Saya sudah lama tak cukur, cabut kening – Neelofa
- Neelofa sah dirisik PU Riz, tular gambar keluarga bergambar tanpa penjarakan sosial
- Neelofa suka lelaki berjanggut
- KECOH: Neelofa, PU Riz putus tunang?
- KECOH: Neelofa kena minyak pengasih PU Riz, nikah senyap-senyap, transfer RM100, habis berjuta?
- Neelofa buka mulut isu nikah di Kelantan, minyak pengasih, transfer RM100k ke PU Riz
- Neelofa tak lagi pakai cincin tunang
- Neelofa cari penyebar WhatsApp dakwa nikah, kena ubat pengasih, transfer RM100k
Please subscribe
Join our Telegram Channel