Netizen dikejutkan dengan satu foto bekas Ahli Parlimen Pandan dari PKR iaitu
saudara Rafizi Ramli yang sudah semakin kurus. Beliau memuatnaik gambar
tersebut di Instagram miliknya.
Bukan saja netizen, Menteri Sains Khairy Jamaluddin juga turut mempersoal
mengenai keadaaan terkini Rafizi yang berubah dengan sangat drastik.
"Apa kurus sangat ni?" soal Khairy
"Hahaha, prepare nak ambil gambar next reunion!" jawab Rafizi berseloroh.
Sebenarnya keadaan dirinya yang nampak sangat kurus bukannya disebabkan
masalah kesihatan.
Menurut Rafizi selama tempoh menyepikan diri dari arena politik arus perdana,
beliau telah menjalani rutin seperti bangun pagi dan berlari.
"Bangun pagi, banyakkan berlari!"
"Masalah bukan soal berlari, masalah selalunya masa. Dulu susah nak cari masa,
sekarang masa saya lebih fleksibel."
"Siapa yang nak sihat tapi masih tidur pagi-pagi Ahad ni, pasrah saja lah."
ujar Rafizi
Semoga semangat Rafizi menguruskan bandan menjadi inspirasi buat kita semua. –
TunCarlos
Join our Telegram Channel