Terima kasih TMJ sumbang RM300k, patik berjaya luluskan RM25 juta untuk Muar, Syed Saddiq seolah-olah membandingkan



Tidak tahan dikecam teruk menerusi Instagram Story Tunku Mahkota Johor (TMJ), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya tampil membalas kecaman tersebut melalui video yang dimuat naik di Facebook beliau.

Sebelum ini tanpa menyebut nama sesiapa, TMJ meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan segelintir manusia yang didakwa suka berpura-pura dalam kehidupan.


Tidak cukup di situ, TMJ juga menasihati individu berkenaan supaya berhenti ‘berlakon’ dan mempergunakan orang Muar.

Di dalam video tersebut, selain memohon ampun, Syed Saddiq megucapkan terima kasih kepada TMJ kerana telah memberi sumbangan sebanyak RM300,000 kepada anak-anak Muar.

Syed Saddiq juga ada memetik mengenai urusan pembinaan hub anak muda Muar yang diluluskan sewaktu menjadi Menteri Belia dan Sukan sebanyak RM25 juta yang mana seolah-olah membandingkan angka itu dengan sumbangan TMJ.


"Alhamdulillah dalam kapasiti kecil patik sewaktu menjadi Menteri Belia Sukan, projek anak muda berjumlah RM25 juta telah diluluskan selepas patik berjumpa Perdana Menteri, MB Johor dan dibentangkan dalam kabinet."

"Namun hanya dengan perkenan dan campur tangan Tunku dalam isu tanah yang meyekat projek ini akhirnya projek Tunku Mahkota Ismail Youth Center akan mula dilaksanakan. terima kasih Tunku."

Di akhir video Syed Saddiq sempat meminta maaf kepada TMJ sekiranya pernah menyinggung perasaan TMJ sebelum ini. – TunCarlos / Cinca


ARTIKEL BERKAITAN:


Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram